Tahfiz Al-Quran Darul-Masri menawarkan Kelas Mengaji Al-Quran dan Kelas Taffaquh Al-Quran dan Kelas Tahfiz Al Quran, Kelas Tiusyen dan Kemudahan Penjagaan Bayi/ Kanak -Kanak dan Kemudahan Transit tadika dan Sekolah Rendah iaitu seperti berikut:
A. KELAS MENGAJI AL-QURAN
PAKEJ A : PERINGKAT ASAS
Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita. Kefahaman kepada mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran.
Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan asas Al-Quran dari asas mengenal huruf, makhraj, dan kalimah-kalimah Al-Quran serta menyebut dan membaca ayat-ayat Al-Quran berdasarkan kepada kaedah lQRA.
PAKEJ B : PERINGKAT ASAS
Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas. Sesuai untuk meraka yang sudah tahu membaca Al-Quran tetapi kurang mahir dengan hukum-hukum tajwid.
Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan diajar dan dibimbing tentang hukum-hukum tajwid secara teori dan praktikal. Antara hukum-hukum tajwid asas yang diajar adalah:
Bab isliazah dan basmallah
Peringkat-peringkat bacaan
Hukum nun mati dan tanwin
Hukum nun dan mim yang bertasydid
Hukum alif lam ma'rifah
Hukum-hukum mad
Ra'tarqiq dan talkhim
PAKEJ C : PERINGKAT LANJUTAN
Peringkat ini khusus kepada meraka yang telah boleh membaca Al-Quran dengan baikdan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat pertengahan. Peringkat ini akan diajar dan didedahkan dengan hukum- hukum tajwid secara mendalam serta kadah-kaedah bacaan yang terdapat padanya khilaf-khilaf riwayat bacaan. Antara hukum-hukum tajwid asas yang diajar adalah:
Makhraj huruf
Sifat huruf
- Hukum huruf yang mustajanisain, mutamathilain, mutaqaribain dan mutabaidain
Al -maqfu dan al-mausef
Hamzah wasal dan hamzah qoto
Waqaf dan ibtidak
Jenis kesalahan
Wajah-wajah bacaan hafs(syalbi)
Bacaan kisaf riwayat hafs
Adab dan teknik khatam Al-Quran
B. KELAS TAFFAQUH Al-QURAN
PAKEJ D : PERINGKAT TALAQQI
Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu Al -Quran. Kelas Taffaquh Al Quran sesi pembelajarannya adalah
Talaqqi Al-Quran. Peringkat ini khusus kepada mereka yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik dan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat lanjutan. Di samping itu juga peserta juga akan diajar
Tafsir Al-Quran,
Bahasa Arab dan pengajian umum termasuk membaca
Kitab bagi mendalami ilmu Al-Quran.
Pakej ini juga menawarkan
-Talaqqi Al-Quran mereka yang telah mahir membaca Al-Quran
- Bahasa Arab
-Tafsir Al-Quran
-Membaca Kitab meraka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran
C. KELAS TAHFIZ AL-QURAN
Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami
hafazan Al -Quran. Pelajar akan dibimbing mengenai kaedah dan teknik hafazan Al-Quran dengan betul
.
Kelas Tahfiz Al-Quran Darul Masri menewatrakan 2 Pakej iaitu:
- Sepenuh Masa(dengan asrama)
- Separuh Masa(tanpa asrama)
Terbuka kepada semua golongan kanak-kanak remaja, dewasa, lelaki sahaja yang berumur 8 tahun ke atas. Syarat-syarat kemasukan
-Umur kanak-kanak 8 tahun keatas
- Menduduki temudga:
- Ujian bertulis dan;
- Membaca
-Sesi tahfiz Al-Quran bemula bulan Disember 2011
-Pakaian jubahtahfiz dan serban pitih disedia sendiri oleh pelajar
a. Pakej Pelajar Sepenuh Masa
Kemudahan yang disediakan adalah:
- Tempat tinggal
- Tempat ibadah
- Tempat riadah
- Makan/minum disediakan
- Kitab-kitab lama digunakan
- Alatulis disediakan
- Lawatan sambil belajar setiap bulan
- Sambutan hari kebesaran Islam dengan para ulamak
- Peluang bertemu dengan para ulamak dan tokoh cendekiawan islam
- Mempelajari kemahiran - kelas arab, membaca kitab dan kemahiran komputer dan sebagainya
b. Pakej Pelajar Separuh Masa
- Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan
- Makan/Miunum RM6.80 sehari
- Tempat tinggal RM80.00 sebulan
- Komputer RM10 sebulan
- Yuran pengajian bulanan -RM100.00
- Yuran pendaftaran RM120.00
D. PUSAT TUISYEN
Menyediakan Kemudahan Tuisyen pada pelajar sekolah rendah yang memerlukan
bimbingan mata pembelajaran selepas waktu persekolahan
E. PENJAGAAN BAYI/KANAK-KANAK DAN KEMUDAHAN TRANSIT
Menyediakan
Kemudahan Penjagaan Bayi/Kanak-Kanak dan Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah.
Antara Khidmat yang ditawarkan adalah seperti berikut
:
- Bayi dari umur 2 bulan hingga kanak-kanak 6 tahun
- Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah yang memerlukan kemudahan transit dalam waktu persekolahan
- Keistinewaan jagaan pada cuti am/umu dan cuti persekolahan