Monday, 17 October 2011

PENGENALAN


Tahfizh Al-Quran Darul Masri merupakan Pusat Pengajian Al-Quran Dan Pusat Sumber Ilmu Pengajian Islam yang berteraskan Al-Quran dan As Sunnah mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengimbangi keperluan raohani, jasmani dan hissi. Satu titik pertemuaan dalam menyatukan ke arah kesatuan ummah dan yang menitik berat pendidikan dan peradaban Islam yang syumul.

Tahfiz Al-Quran Darul Masri merupakan Madrasah Tarbiyah Al-Quran yang mempunyai kepakaran dan teknik pembelajaran Al-Quran yang sistematik.  Madrasah ini menyediakan Kelas Mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja. Keperluan mengaji asas Al-Quran  bermula dari asas mengenal huruf, makhraj, hukum-hukum tajwid, teknik serta kaedah membaca Al-Quran yang betul berdasarkan kaedah IQRA' seterusnya ke peringkat Lanjutan.

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri menyediakan Kelas Taffaquh Al Quran di mana sesi pembelajaran adalah Talaqqi Al Quran, Tafsir Al Quran, Bahasa Arab dan pengajian umum terbuka pada sesiapa yang berminat mendalami ilmu Al Quran.  Kelas Tahfiz Al-Quran dan Kemudahn Tiusyen juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan bimbingan selepas waktu persekolahan .  Dikendalikan oleh guru yang berpengalaman  Ustaz Abdul Razak Ibu Abdul Moeem dari Mesir kelulusan ijazah Universiti Cairo, Mesir.



Ustaz Abdul Razak Ibnu Moeem (seperti dalam gambar tarbush merah)dilahirkan pada tahun 1966 di Mesir Al Arabiah. Mendapat pendidikan awal di negara sendiri di pondok (al-Azim) kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sanawi di bandar Tant. Melanjutkan pelajaran di Universiti Cairo, Mesir dan mendapat Ijazah Pengajian Islam Bahasa Arab di Kolej Daurul Ulum pada tahun 1992. Berhijirah ke Arab Saudi, Jordan dan menzaiarahi 16 Negara Arab dan Negara lain. Sekarang menetap di Malaysia mendapat Ijaszah Master Usuluddin, Universiti Malaya dan kini sedang tahsil Al-Quran (Al-Isari) dalam Bidang Kedoktoran di Universiti Malaya. Berpengalaman mengajar di sekolah bahasa Arab contoh sekolah Menengah Datuk Haji Mustafabatu Kikir, Negeri Sembilan dan kini di Sekolah Al-Amin, Gombak 

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri menyediakan kemudahan Penjagaan Bayi / Kanak-Kanak iaitu bayi dari umur 2 bulan hingga 6 tahun dan kemudahan Transit kepada Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar
Sekolah Rendah yang memerlukan bimbingan selepas waktu persekolahan harian Isnin-Jumaat bermula dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri  ini juga menyediakan kebajikan membimbing anak-anak yatim

ALAMAT: TAHFIZ AL-QURAN DARUL MASRI
                   NO 167, JALAN SG9/8, TAMAN SRI GOMBAK, 68100 BATU CAVES
                   SELANGOR
NO TEL:    012 368 1473
                  (USTAZ RAZAK IBNU AL MOEEM ALMASRI)

PAKEJ TAWARAN

Tahfiz Al-Quran Darul-Masri menawarkan Kelas Mengaji Al-Quran dan Kelas Taffaquh Al-Quran dan Kelas Tahfiz Al Quran, Kelas Tiusyen dan Kemudahan Penjagaan Bayi/ Kanak -Kanak dan Kemudahan Transit tadika dan Sekolah Rendah  iaitu seperti berikut:

A. KELAS MENGAJI AL-QURAN

PAKEJ A : PERINGKAT ASAS

Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita. Kefahaman kepada mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran. Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan asas  Al-Quran dari asas mengenal huruf, makhraj, dan kalimah-kalimah Al-Quran serta menyebut dan membaca ayat-ayat Al-Quran berdasarkan kepada kaedah lQRA. 

 PAKEJ B : PERINGKAT ASAS

Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas. Sesuai untuk meraka yang sudah tahu membaca Al-Quran tetapi kurang mahir dengan hukum-hukum tajwid. Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan diajar dan dibimbing tentang hukum-hukum tajwid secara teori dan praktikal. Antara hukum-hukum tajwid asas  yang diajar adalah:

  1. Muqaddimah Ilmu Tajwid
  2. Bab isliazah dan basmallah
  3. Peringkat-peringkat bacaan
  4. Hukum nun mati dan tanwin
  5. Hukum nun dan mim yang bertasydid
  6. Hukum alif lam ma'rifah
  7. Hukum-hukum mad
  8. Ra'tarqiq dan talkhim 
PAKEJ C : PERINGKAT LANJUTAN

Peringkat ini khusus kepada meraka yang telah boleh membaca Al-Quran dengan baikdan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat pertengahan. Peringkat ini akan diajar dan didedahkan dengan hukum- hukum tajwid secara mendalam serta kadah-kaedah bacaan yang terdapat padanya khilaf-khilaf riwayat bacaan. Antara hukum-hukum tajwid asas  yang diajar adalah:

  1. Makhraj huruf
  2. Sifat huruf
  3. Hukum huruf yang mustajanisain, mutamathilain, mutaqaribain dan mutabaidain 
  4. Al -maqfu dan al-mausef
  5. Hamzah wasal dan hamzah qoto
  6. Waqaf dan ibtidak
  7. Jenis kesalahan
  8. Wajah-wajah bacaan hafs(syalbi)
  9. Bacaan kisaf riwayat hafs
  10. Adab dan teknik khatam Al-Quran 
B.  KELAS TAFFAQUH Al-QURAN

PAKEJ D : PERINGKAT TALAQQI

Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu Al -Quran. Kelas Taffaquh Al Quran sesi pembelajarannya adalah Talaqqi Al-Quran. Peringkat ini khusus kepada mereka yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik dan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat lanjutan. Di samping itu juga peserta juga akan diajar Tafsir Al-Quran, Bahasa Arab dan pengajian umum termasuk membaca Kitab bagi mendalami ilmu Al-Quran.

Pakej ini juga menawarkan

-Talaqqi Al-Quran mereka yang telah mahir membaca Al-Quran
- Bahasa Arab
-Tafsir Al-Quran
-Membaca Kitab meraka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran

C.  KELAS TAHFIZ AL-QURAN

Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami hafazan Al -Quran. Pelajar akan dibimbing mengenai kaedah dan teknik hafazan Al-Quran dengan betul
Kelas Tahfiz Al-Quran Darul Masri menewatrakan  2 Pakej iaitu:
  • Sepenuh Masa(dengan asrama)
  • Separuh Masa(tanpa asrama)

Terbuka kepada semua golongan kanak-kanak remaja, dewasa, lelaki sahaja yang berumur 8 tahun ke atas. Syarat-syarat kemasukan

-Umur kanak-kanak 8 tahun keatas
- Menduduki temudga:
  •    Ujian bertulis dan;
  •    Membaca
-Sesi tahfiz Al-Quran bemula bulan Disember 2011

-Pakaian jubahtahfiz dan serban pitih disedia sendiri oleh pelajar

a. Pakej Pelajar Sepenuh Masa

Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Tempat tinggal
  • Tempat ibadah
  • Tempat riadah
  • Makan/minum disediakan
  • Kitab-kitab lama digunakan
  • Alatulis disediakan
  • Lawatan sambil belajar setiap bulan
  • Sambutan hari kebesaran Islam dengan para ulamak
  • Peluang bertemu dengan para ulamak dan tokoh cendekiawan islam
  • Mempelajari kemahiran - kelas arab, membaca kitab dan kemahiran komputer dan sebagainya
b. Pakej Pelajar Separuh Masa
  • Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan
- Makan/Miunum RM6.80 sehari
- Tempat tinggal RM80.00 sebulan
- Komputer RM10 sebulan
- Yuran pengajian bulanan -RM100.00
- Yuran pendaftaran  RM120.00

D.  PUSAT TUISYEN


Menyediakan Kemudahan Tuisyen  pada pelajar sekolah rendah  yang memerlukan bimbingan mata pembelajaran  selepas waktu persekolahan

E.  PENJAGAAN BAYI/KANAK-KANAK DAN KEMUDAHAN TRANSIT

Menyediakan Kemudahan Penjagaan Bayi/Kanak-Kanak dan Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah. Antara Khidmat yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Bayi dari umur 2 bulan hingga kanak-kanak 6 tahun
  • Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah yang memerlukan kemudahan transit dalam waktu persekolahan
  • Keistinewaan jagaan pada cuti am/umu dan cuti persekolahan 

Sunday, 16 October 2011

PENDAFTARAN/YURAN PENGAJIAN

PENDAFTARAN / YURAN PENGAJIAN /
PENJAGAAN BAYI/ KANAK-KANAK
KEMUDAHAN TRANSIT TADIKA/ PELAJAR SEKOLAH RENDAH 


A. PENDAFTARAN PELAJAR

A. Pengajian Al-Quran
Pendaftaran untuk semua pakej tawaran pengajian Al-Quran akan dibuka pada pelajar lama dan baru
Yuran pendaftaran baru untuk semua pakej tawaran adalah RM39.00
BAYARAN BULANAN
Bayaran bulanan mengikut Pakej
  1. Pakej A-Peringkat Asas            RM80.00 sebulan
  2. Pakej B-Peringkat Pertengahan RM80.00 sebulan
  3. Pakej C-Peringkat Lanjutan      RM80.00 sebulan
  4. Pakej D-Peringkat Talaqqi        RM90.00 sebulan
Catatan:

Bagi mereka yang telah membaca Al-Quran dengan baik dan telah lulus peperiksaan dan syarat yang ditetapkan dan layak ke peingkat lebih tinggi bayaran bulanan kan dikurang akan sebanyak RM20.00

B. Tahfiz AL-Quran

Pendaftaran untuk Tahfiz Al-Quran akan dibuka pada pelajar kanak-kanak, remaja lelaki dengan syarat berumur 8 tahun ke atas
Yuran pendaftaran pakej tawaran tahfiz al-Quran adalah RM120.00

BAYARAN BULANAN

Bayaran bulanan yuran pengajian tahfiz al-quran RM100.00

B. PENDAFTARAN ASUHAN KANAK-KANAK
     TRANSIT TADIKA/ PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Pendaftaran untuk Penjagaan Bayi /Kanak-Kanak dan Kemudahan Transit Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah adalah RM 39.00

BAYARAN BULANAN

Bayaran bulanan bagi Penjagaan Bayi adalah dianggar RM 280.00 mengikut umur bayi. Penjagaan Kanak-Kanak berumur di bawah 6 tahun adalah dianggar RM200.00 mengikut umur kanak-kanak

Catatan :
Bagi umur bayi/ kanak-kanak yang meningkat umur setahun bayaran bulanan kan dikurang akan sebanyak RM20.00


Transit Tadika                                      RM140.00
Transit Pelajar Sekolah Rendah            RM120.00

Saturday, 15 October 2011

WAKTU PEMBELAJARAN/PENJAGAAN/TRANSIT

A.  WAKTU PEMBELAJARAN

Kelas Mengaji Al-Quran Pakej A,B, dan C dan Kelas Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab 

Pada Pelajar yang berdaftar 
  •  Hari Isnin, Selasa dan Rabu (5.30 petang -6.30 petang)
Terbuka pada Umum pada sesiapa yang berminat 
  •  Hari Sabtu (4.30 petang - 5.30 petang)
Kelas Taffaquh Al-Quran Pakej D dan Kelas Bahasa Arab

Terbuka pada sesiapa yang berminat

-Talaqqi Al-Quran mereka yang telah mahir membaca Al-Quran
- Bahasa Arab
-Tafsir Al-Quran
-Membaca Kitab meraka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran

  •  Hari Ahad (8.30- pagi- 10.00 pagi)
B.  WAKTU PENJAGAAN DAN TRANSIT

  •  Hari Isnin hingga Jumaat (7.00 pagi - 5.00 petang)
Catatan
Keistimewaan menyediakan Kemudahan Penjagaan Bayi/ Kanak-Kanak dan Kemudahan Transit pada Cuti Am/Umum dan Cuti Persekolahan

Friday, 14 October 2011

AKTIVITI TAHFIZ AL-QURAN DARUL MASRI


Tahfiz Al-Quran  Darul Masri mempunyai Ustaz dari Mesir yang berpengalaman luas sebagai Pengarang, Pencetak, Pengedar buku semua jenis buku Bahasa Arab dalam setiap peringkat dan bidang. Dalam peringkat penyediaan Ensklopedia Bahasa Arab yang lengkap dari A-Z.

Madrasah Al-Quran Darul Masri aktiviti dalam program kebesaran dalam Islam
  • Awal Muharran
  • Maulidur Rasul
  • Israk-mikraj 
  • Nisfu Syaaban
  • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri









  • Program lawatan luar bagi menjalankan silaturahim antara madrasah lain 
  • Program  aktiviti tazkirah doa dan qasidah