Monday 17 October 2011

PAKEJ TAWARAN

Tahfiz Al-Quran Darul-Masri menawarkan Kelas Mengaji Al-Quran dan Kelas Taffaquh Al-Quran dan Kelas Tahfiz Al Quran, Kelas Tiusyen dan Kemudahan Penjagaan Bayi/ Kanak -Kanak dan Kemudahan Transit tadika dan Sekolah Rendah  iaitu seperti berikut:

A. KELAS MENGAJI AL-QURAN

PAKEJ A : PERINGKAT ASAS

Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita. Kefahaman kepada mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran. Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan asas  Al-Quran dari asas mengenal huruf, makhraj, dan kalimah-kalimah Al-Quran serta menyebut dan membaca ayat-ayat Al-Quran berdasarkan kepada kaedah lQRA. 

 PAKEJ B : PERINGKAT ASAS

Terbuka kepada semua golongan remaja, dewasa, lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas. Sesuai untuk meraka yang sudah tahu membaca Al-Quran tetapi kurang mahir dengan hukum-hukum tajwid. Peserta di peringkat ini akan diperkenalkan diajar dan dibimbing tentang hukum-hukum tajwid secara teori dan praktikal. Antara hukum-hukum tajwid asas  yang diajar adalah:

  1. Muqaddimah Ilmu Tajwid
  2. Bab isliazah dan basmallah
  3. Peringkat-peringkat bacaan
  4. Hukum nun mati dan tanwin
  5. Hukum nun dan mim yang bertasydid
  6. Hukum alif lam ma'rifah
  7. Hukum-hukum mad
  8. Ra'tarqiq dan talkhim 
PAKEJ C : PERINGKAT LANJUTAN

Peringkat ini khusus kepada meraka yang telah boleh membaca Al-Quran dengan baikdan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat pertengahan. Peringkat ini akan diajar dan didedahkan dengan hukum- hukum tajwid secara mendalam serta kadah-kaedah bacaan yang terdapat padanya khilaf-khilaf riwayat bacaan. Antara hukum-hukum tajwid asas  yang diajar adalah:

  1. Makhraj huruf
  2. Sifat huruf
  3. Hukum huruf yang mustajanisain, mutamathilain, mutaqaribain dan mutabaidain 
  4. Al -maqfu dan al-mausef
  5. Hamzah wasal dan hamzah qoto
  6. Waqaf dan ibtidak
  7. Jenis kesalahan
  8. Wajah-wajah bacaan hafs(syalbi)
  9. Bacaan kisaf riwayat hafs
  10. Adab dan teknik khatam Al-Quran 
B.  KELAS TAFFAQUH Al-QURAN

PAKEJ D : PERINGKAT TALAQQI

Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu Al -Quran. Kelas Taffaquh Al Quran sesi pembelajarannya adalah Talaqqi Al-Quran. Peringkat ini khusus kepada mereka yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik dan telah lulus peperiksaan Al-Quran dan tajwid di peringkat lanjutan. Di samping itu juga peserta juga akan diajar Tafsir Al-Quran, Bahasa Arab dan pengajian umum termasuk membaca Kitab bagi mendalami ilmu Al-Quran.

Pakej ini juga menawarkan

-Talaqqi Al-Quran mereka yang telah mahir membaca Al-Quran
- Bahasa Arab
-Tafsir Al-Quran
-Membaca Kitab meraka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran

C.  KELAS TAHFIZ AL-QURAN

Terbuka pada sesiapa yang berminat bagi mendalami hafazan Al -Quran. Pelajar akan dibimbing mengenai kaedah dan teknik hafazan Al-Quran dengan betul
Kelas Tahfiz Al-Quran Darul Masri menewatrakan  2 Pakej iaitu:
  • Sepenuh Masa(dengan asrama)
  • Separuh Masa(tanpa asrama)

Terbuka kepada semua golongan kanak-kanak remaja, dewasa, lelaki sahaja yang berumur 8 tahun ke atas. Syarat-syarat kemasukan

-Umur kanak-kanak 8 tahun keatas
- Menduduki temudga:
  •    Ujian bertulis dan;
  •    Membaca
-Sesi tahfiz Al-Quran bemula bulan Disember 2011

-Pakaian jubahtahfiz dan serban pitih disedia sendiri oleh pelajar

a. Pakej Pelajar Sepenuh Masa

Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Tempat tinggal
  • Tempat ibadah
  • Tempat riadah
  • Makan/minum disediakan
  • Kitab-kitab lama digunakan
  • Alatulis disediakan
  • Lawatan sambil belajar setiap bulan
  • Sambutan hari kebesaran Islam dengan para ulamak
  • Peluang bertemu dengan para ulamak dan tokoh cendekiawan islam
  • Mempelajari kemahiran - kelas arab, membaca kitab dan kemahiran komputer dan sebagainya
b. Pakej Pelajar Separuh Masa
  • Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan
- Makan/Miunum RM6.80 sehari
- Tempat tinggal RM80.00 sebulan
- Komputer RM10 sebulan
- Yuran pengajian bulanan -RM100.00
- Yuran pendaftaran  RM120.00

D.  PUSAT TUISYEN


Menyediakan Kemudahan Tuisyen  pada pelajar sekolah rendah  yang memerlukan bimbingan mata pembelajaran  selepas waktu persekolahan

E.  PENJAGAAN BAYI/KANAK-KANAK DAN KEMUDAHAN TRANSIT

Menyediakan Kemudahan Penjagaan Bayi/Kanak-Kanak dan Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah. Antara Khidmat yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Bayi dari umur 2 bulan hingga kanak-kanak 6 tahun
  • Kemudahan Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar Sekolah Rendah yang memerlukan kemudahan transit dalam waktu persekolahan
  • Keistinewaan jagaan pada cuti am/umu dan cuti persekolahan 

No comments:

Post a Comment