Monday 17 October 2011

PENGENALAN


Tahfizh Al-Quran Darul Masri merupakan Pusat Pengajian Al-Quran Dan Pusat Sumber Ilmu Pengajian Islam yang berteraskan Al-Quran dan As Sunnah mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengimbangi keperluan raohani, jasmani dan hissi. Satu titik pertemuaan dalam menyatukan ke arah kesatuan ummah dan yang menitik berat pendidikan dan peradaban Islam yang syumul.

Tahfiz Al-Quran Darul Masri merupakan Madrasah Tarbiyah Al-Quran yang mempunyai kepakaran dan teknik pembelajaran Al-Quran yang sistematik.  Madrasah ini menyediakan Kelas Mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja. Keperluan mengaji asas Al-Quran  bermula dari asas mengenal huruf, makhraj, hukum-hukum tajwid, teknik serta kaedah membaca Al-Quran yang betul berdasarkan kaedah IQRA' seterusnya ke peringkat Lanjutan.

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri menyediakan Kelas Taffaquh Al Quran di mana sesi pembelajaran adalah Talaqqi Al Quran, Tafsir Al Quran, Bahasa Arab dan pengajian umum terbuka pada sesiapa yang berminat mendalami ilmu Al Quran.  Kelas Tahfiz Al-Quran dan Kemudahn Tiusyen juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan bimbingan selepas waktu persekolahan .  Dikendalikan oleh guru yang berpengalaman  Ustaz Abdul Razak Ibu Abdul Moeem dari Mesir kelulusan ijazah Universiti Cairo, Mesir.



Ustaz Abdul Razak Ibnu Moeem (seperti dalam gambar tarbush merah)dilahirkan pada tahun 1966 di Mesir Al Arabiah. Mendapat pendidikan awal di negara sendiri di pondok (al-Azim) kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sanawi di bandar Tant. Melanjutkan pelajaran di Universiti Cairo, Mesir dan mendapat Ijazah Pengajian Islam Bahasa Arab di Kolej Daurul Ulum pada tahun 1992. Berhijirah ke Arab Saudi, Jordan dan menzaiarahi 16 Negara Arab dan Negara lain. Sekarang menetap di Malaysia mendapat Ijaszah Master Usuluddin, Universiti Malaya dan kini sedang tahsil Al-Quran (Al-Isari) dalam Bidang Kedoktoran di Universiti Malaya. Berpengalaman mengajar di sekolah bahasa Arab contoh sekolah Menengah Datuk Haji Mustafabatu Kikir, Negeri Sembilan dan kini di Sekolah Al-Amin, Gombak 

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri menyediakan kemudahan Penjagaan Bayi / Kanak-Kanak iaitu bayi dari umur 2 bulan hingga 6 tahun dan kemudahan Transit kepada Transit Kanak-Kanak Tadika dan Pelajar
Sekolah Rendah yang memerlukan bimbingan selepas waktu persekolahan harian Isnin-Jumaat bermula dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tahfiz Al-Quran  Darul Masri  ini juga menyediakan kebajikan membimbing anak-anak yatim

ALAMAT: TAHFIZ AL-QURAN DARUL MASRI
                   NO 167, JALAN SG9/8, TAMAN SRI GOMBAK, 68100 BATU CAVES
                   SELANGOR
NO TEL:    012 368 1473
                  (USTAZ RAZAK IBNU AL MOEEM ALMASRI)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Boleh minta alamat dan nombor telephone taffiz darul masri? Tolong hantar kepada email sati38s@yahoo.com. Syukran

    ReplyDelete