Monday 26 December 2011

PENYAMPAIAN SIJIL TAHFIZ AL QURAN DARUL MASRI PADA PELAJAR -PELAJAR

 Majlis Perasmian Tahfiz Darul Marsi dirasmi oleh Habib  Yusof  yang diadakan di Masjid Itifiqiyyah, Taman Sri Gombak pada 18Disember 2011. Majis penyampaian sijil Tahfiz Al-Quran adalah suatu masjis ulung-ulung kali diadakan dan ia adalah permulaan dan kejayaan bagi  Tahfiz Al -Quran Darul Masri bagi menyempurnakn ke atas kejayaan pelajar yang telah tamat pengajian tahfiz Al -Quran yang bermula seawal cuti sekolah, November 2011 dan berakhir  pada pertengahan Disember 2011.

Pengetua Tahfiz Al -Quran Syekh Abdul Razak ibnu Moneem turut sama menjayakan perasmian penyampaian Sijil berkenaan.Seramai lebih 16 orang pelajar hadir termasuk ibubapa  dan alim ulamak dan imam masjid/ surau kariah dan orang ramai yang berdekatan.

Ucaputama Habib  Yusof  dalam merasmikan Tahfiz Al -Quran Darul Masri menyeru dan mengingatkan umat Islam mengenai kepentingan tarbiyah al-quran pada kanak-kanak hendaklah dibimbing  semasa peringkat kanak-kanak lagi. Kanak -kanak telah diberi latihan teori dan praktikal dalam hafazan al-quran selama sebulan dalam Kem Ibadah Hafazan Al-Quran yang dikendalikan oleh  Syekh Abdul Razak ibnu Moneem. Adalah diharapkan dapat pelajar -pelajar dapat mempraktikalkan al-quran sebagai satu cara hidup bagi menpraktik as ssunnah dan peradaban islam dan menjadi pelajar yang berilmu, beriman berakhlak mulia.

Komitmen dan kerjasama antara tenaga pengajar, pelajar dan ibubapa di perlukan bagi memastikan kejayaan dalam mencapai matlmat yang dituju seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam tarbiyah al-quran pada masa kini dan akan datang.

Insahallah, Kem Ibadah Hafazan Al-Quran yang dikendalikan oleh  Syekh Abdul Razak ibnu Moneem. Ttahfiz Al-Quran Darul Masri akan diadakan lagi pada bulan Mac 2012 pada musim pertama cuti persekolahan "Marilah Baca Al-Quran Selalu, "Read Al-Quran Always".

No comments:

Post a Comment